Ok this week, I've done a lot of activities. Banyak lah sangat. Sbb aku kuar rumah 3 hari berturut-turut dari hari Jumaat. Bukan gi mana pon. Pusing-pusing situ jugak.
Pagi-pagi Jumaat tu ingat macam tak jadi nak keluar sbb rasa mcm tak sihat. Sbb sehari sebelum tu tanda-tanda demam dah ada. Flu dan sakit tekak. Even time lepas mandi, badan aku 'menghasilkan asap'. Cool kan? Nampak sangat badan panas time tu.
Tapi teringat mereka untuk bawa mereka gi melawat Conventry Rd, so gigihkan diri untuk bangun dan mandi. Coventry Rd ni actually tempat orang Pakistan which banyak benda-benda dapur boleh beli dgan harga yg berbaloi. Tapi seriously, masuk je situ aku boleh kira berapa orang je 'white' yg ada. Yg lain sume Pakistaaaann je memanjang. Memang langsung tak rasa mcm kat UK!! Pastu aku terbayang mcm ramai mamak depan mata sehingga aku boleh tercakap Malay dengan diorang. Maka, diorang harus blur. Tetibe.
Tapi, seperti yang aku state kat atas tu, 'melawat'. So, hanya melawat. Sbb mereka tak suke Coventry Rd sbb tak mcm UK dan tak best mcm Wet Market. Fine.
Then, kami patah balik ke City Centre utk ke Wet Market/ Bull Ring Market. Time tu nak close da gerai-gerai. So, harga sangat-sangat murah. No kidding. Tapi, disebabkan aku penat berjalan time tu, takde mood sangat nk beli. Biar la bg org yg cintakan Wet Market beli. :p Tapi serious, aku penat gile time tu. Campur pening bau pasar. Kaki dah sengal-sengal. Padahal selama ni aku jalan kaki dari rumah-train-uni sangat jauh, tp boleh mantain je. Kali ni naik bus je lebih kot, tp da sengal2. O yea. Tu kali pertama aku naik bus kat Birm ni. Selalu nye train and kerata abg Rizal :)
Lepas tu gi Perry Bar jap simpan barang sebelum balik ke Selly Oak. Sbb cadang nak tidur rumah Abg Bad n Kak Sherry's family. Gedik kan. Padahal rumah diorang dgn rumah aku tak sampai 200 langkah. MUAHAHA. Rumah diorang kat 235 Hubert Rd. Sebaris dengan rumah Rasydan (33A H.Rd) Dan rumah aku kat 293 Warwards Lane. Perkataan sebaris dan 200 langkah tu macam dekat je kan? Cuba korang adjust sikit dan tmbah perkatan 'bukit'. Ye, aku kene mendaki utk balik rumah. Over kan? So, tidur lah di bilik rumah k.sherry yang indah lagi selesa.
Esoknya, mmg cadang nak gi carboot sale sama-sama kat Northfield. Tapi malam tu aku request kat k.sherry utk masak Nasi Lemak sbb lama tak makan nasi lemak. Ngada kan? Muahahaha. So, pagi tu merasa la aku nasi lemak plus kari kambing. Sambal tu aku yg blend ok. Gigih nak gtau.
Kami gerak naik bus. X64. Family Abg Bad dan Abg Zali. Both have 3 kids. Smpai kat sana jumpe Ust Rosdi dgn wife. Maka, borong lah kami di sana. Tapi aku tak beli sangat. Mcm biasa la kan. Jalan je lebih tp tak beli apa-apa. Actually, minggu lepas dah gi carboot yg sama. So, mcm dah boleh hafal apa je yg ada. Keannn.. ? Btw, kami gerak lmbat. So mcm byk dah takde.
Kaum-kaum yang gi Carboot.
Balik tu aku gerak ke Solihull sorang-sorang. Best kat sana. Situ tempat shopping jugak. Kedai2 mewah kat City Centre/Malaysia ada tp kat situ, takdenye bertingkat2 kedai. Sebaris je tp kedai mewah. Ayat keling. Tapi mcm biase, org panggil window shopping. Belinya entah bila. Sangat memilih. Gitu.
Malam tu aku sangat penat. Lepas Isyak kol 8 tu, terus tertido smpai Subuh.
Ingat nak tidur balik. Sambung rehat. Haha. Sekali abg Rizal ngan Kak Ainol ajak gi Carboot Studley kat Warwickshire. Hometown Shakespeare. Mane boleh lepaskan peluang. Carboot tu sebesar alam. Tak mcm carboot lain-lain. That is my 1st carboot here. Mase pegi ari tu aku blur tak tau nk beli apa. Tapi, tadi mcm tak cukup duit nk beli mcm2. Sbb aku bawak £5 je. Tak expect belanja lebih. Sekaliii ko byk bende aku miss.
Tadi if cuaca 'cantik' minggu depan, maka ada la tu next week. If not, tadi adalah carboot terakhir dan aku kene tunggu smpai bulan 3 tahun depan lepas winter. Time salji diorang tak open pulak carboot. Chait.
Tadi kat Birmingham ada Bupa Run. Byk jalan tutup. Pening aku dalam keta sbb Abg Rizal cari jalan utk keluar dari Selly Oak nak ke Warwickshire. Balik pun sama. Tapi before balik, kitorang singgah Wing Yip kat Nechells Park Rd. Gila lah situ. China Town paling besar kat UK ni rasanya. Rasanye la. Hahaha. Tapi serious dalam ni best.
Pintu gerbang Wing Yip.
Lepas balik carboot tu, ade talk bersama Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din kat Cadbury Hall, Uni of Birm. In charge by Dr. Ismadi. Speaker is a motivator and director of Institut Sosial Malaysia. Perkongsian pengalaman mcm gitu la. Ade la 20-30 org yg datang. But his talk is good! Seriously.
Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din
Ala, panjangnya entry ni. Dah mcm diari la pulak euww.
So, tonight for our dinner, aku masak Tomyam Ayam dan Ikan Bilis 3 rasa (wajib). My last tom yam i ever done before time aku form 3. Sbb subjek Kemahiran Hidup kene masak Bihun Tomyam. Tu last. Umur 15. Skang 22. 7 tahun yg lalu. Over kan?
Dah dah.. Ni gambar.
Ikan Bilis 3 rasa. Wajib ada kalau aku invade dapur!
O yea. Time aku nak balik dr talk tadi, ade byk sukan tengah train. Satu hockey dan satu lagi aku tak tau ape.
Hockey. dah biasa da tengok rasenye.
Yg ni aku pelik. Tak tau nama sukan apa. Cuba ko tengok stick yg diorang pegang.
Ada jaring.
Aku penah nmpak some brothers bawak stick ni gi Park depan rumah.
Aku ingatkan nk tangkap rama-rama. Sweet sangat. Haha.
Sekali ada sport gune stick tu. Nak google, tak tau nk tulis apa. HAHAHA
*O cuaca skang ni sejuk. Dan sangat sejuk. Aku da mula sarung 3-4 lapis baju.
Ni aku snapshot kat laptop ni je.
Ingat ye, ramalan kaji cuaca sangat tak boleh harap.
Sekian.




2 suara sahabat:
chop, chop, chop, I know it I know it I know it :D
it's lacrosse~! wah, best laa game tu cuma lagi dahsyat tahap keganasannya berbanding hockey :P
have a try laa ^_^
lacrosse? ayoo. nak menyebut susah mcm nk mengeja jugak.
haha.
eh ganas ke?
mcm riang ria je main. haha
Post a Comment