Photobucket
Perkongsian..
Sunday, November 20 | 05:26 | 2 comments

Semalam baru balik usrah. Sedikit perkongsian.


Analogi cerita.


Seorang Tan Sri mengambil seorang orang gaji untuk menguruskan hal-hal rumah. Jadi, semasa hari pertama orang gaji tersebut bekerja di rumah Tan Sri, Tan Sri telah pun menyenaraikan beberapa tugasan yang perlu dibereskan setiap hari.


Contohnya, ada 10 tugasan yang perlu dilakukan dari pagi seperti sediakan sarapan, basuh baju, siram pokok bunga, kemas rumah dan menjaga anak tunggalnya dan sebagainya.


Pada satu hari, seperti biasa semasa Tan Sri keluar bekerja. Orang gaji tersebut bekerja mengikut list tugasan yg Tan Sri bagi. Tiba-tiba, sambil mengemas rumah orang gaji tersebut terdengar jeritan anak Tan Sri. Maka bergegas dia mencari arah jeritan yang rupanya dari kolam renang.


Anak Tan Sri sedang lemas. Terkapai-kapai.


Orang gaji tersebut berhenti melihat anak Tan Sri yang terkapai dan berfikir sejenak.
"Aku kena selamatkan anak Tan Sri ke tak?"
"Selamatkan anak Tan Sri ni bukanlah dalam tugasan yang Tan Sri berikan?"
"Jadi, aku kena buat tugasan yang ada dalam list je."


Maka, orang gaji tersebut melakukan tugasan seperti biasa. Jeritan anak Tan Sri yang semakin lama semakin tidak kedengaran.


Kemudian, pabila Tan Sri balik , beliau terkejut melihat anak nya yang sudah tidak bernyawa. Tan Sri tanya kepada orang gajinya di mana dia semasa anaknya lemas?


Orang gaji selamba menjawab. "Sy ada. Sy melihat anak Tuan terkapai-kapai. Tapi, menyelamatkan anak Tuan bukan dalam tugasan yg Tuan berikan. Maka, sy terus abaikan dan membuat kerja-kerja mengemas sy."


Tan Sri pengsan. Lol.


Hah, faham tak cerita tu? Kaitannya?


Semuanya sedia maklum, as a Muslim we have Pillars of Iman and Islam which we need to fulfill it. For Pillars of Iman, we should believe all and for Pillars of Islam, its an obligatory to us to perform ALL without any excuse except for Pilgrimage is for those who affordable in all aspects!


Satu-satu rukun kita diajar dari kecik, Masing-masing dah hafal 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman dan perlu utk buat Kan?


Kaitan cerita tadi, contohnya macam let say kita tengah 'sibuk' uruskan hal masing-masing dengan solat, puasa, zakat dan sebagainya tapi dalam pada masa yang sama kita melihat ada sahabat-sahabat kita terkapai-kapai dan jauh dari cara hidup Islam.


Option:
  • Adakah kita perlu terus menguruskan hal kita dan membiarkan mereka terus sesat?
  • Adakah bila kita tolong orang-orang yang sesat/jauh dari cara hidup Islam, maka ibadah kita akan terganggu?
  • Adakah kita tolong sahabat-sahabat kita dan teruskan ibadah seperti biasa?

Ibrah dari cerita dan kaitannya, kita bukanlah keseorangan hidup di dunia ni. Tatkala kita sibuk dengan urusan pahala, kita melihat ramai kawan-kawan berdekatan yang lupa dengan Si Pencipta. Ya, tak dinafikan, apelah sangat taraf ibadah kita. Bukannya baik sangat, ni nk advise2 org pulak?


But it is our responsibilities for us as a Muslim right?


Susah tak if 'orang yang perlu diselamatkan' terdiri daripada kaum keluarga?



Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri..
(Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)



Bila DIA tanya kat kita di hari pembalasan kelak mengenai kenapa kita tak tolong kawan-kawan yg berada dalam kesesatan/kejahilan?


Dan sekurang-kurangnya kita telah mencuba. Isu hidayah, terserah padaNya bukan?



*Tadi ade Kem Solat utk kanak-kanak Birm. Seronok!

Labels: , , , ,



newer post
older post



Edited by Ain Fadhilah.Basecode by NA and CL