Tragedi Eid Adha
Tragedi la sangat kan?
First time raya di perantaun. Aku pernah berjauhan dengan family masa Eid Adha 4 tahun yang lalu yg mana aku memilih untuk tidak pulang melakukan korban di Nilai time tu. Jadi, kali ini kali kedua aku tidak beraya dengan family.
Tengah malam tu, lepas berkira-kira waktu 8 jam beza antara UK dan Malaysia, terus menelefon family selepas subuh. Sbb aku tau , time tu mak tengah masak juadah raya. Haru sebab tahun ni mak cakap banyak dapat ikan kembong percuma, so buat pertama kalinya mak masak laksa (yg sebelum2 ni tak pernah langsung masak laksa).
Ada 2 bende yang aku tak berapa makan sangat tapi still makan. Laksa dan mee kuning. So, aku excited mak aku masak laksa sbb teringin nak rasa laksa mak :'( walaupun tak suka sangat.
O yea. Time berbuka puasa if mak masak mee goreng, mak aku akan prepare kuew tiaw utk aku jugak supaya aku dpt makan dengan kenyang :(
Malam Eid Adha, seluruh tanah England menyambut
Bonfire Night & Fireworks celebration. Mati-mati aku ingat meletup sana-sini sebab nak sambut Eid Adha. Rupa2nya tidak. So, Sis Ainol pun terangkan segala history about Bonfire Night kat Britain ni.
Aku mcm tak ingat sangat ape terjadi hari Sabtu tu. Jap..pk pk..
Oooo, ingat dah.
Ok menghadiri AGM Kelab UMNO Birm. Cadangnya taknak datang. Tapi, aku serumah dengan Abg Rizal which 'org kuat' Umno. Aku tak nk involve ape-ape pun kat sini. Tapi aku gi sbb nak support je. Datang tulis nama, aku remind kat org tu suruh cross out nama aku. Harap2 depa cross out la. Sbb aku datang, undi dan balik. Tak tau pun keputusan cane. Nmpak sangat terpakse kan?
Bila nk balik tu, ade match Rugby/Football kat uni. Lawan ape ntah. Tapi aku singgah jap untuk menembak shot2 yg menarik. Hehe. Meriah gile padahal baru je Maghrib.
Buka puasa Arafah time tu, aku buka dengan air paip toilet dan sekeping biskut yg sister bagi. Sbb time tu still dalam AGM.
Then, aku gerak terus ke rumah K.Sherry and family. Dia tengah prepare spaghetti utk esok. So, tade makanan sangat untuk dilantak (?!) <-- Gigih sgt cari makanan utk berbuka dgn puas! Haha. So, balik la ke rumah dengan perasaan hampa dan lapar. HAHA
Kat rumah, Abg Rizal, Sis Ainol and Tasneem belum balik. Abg Rizal still with his AGM. Sis Ainol and Tasneem ade sister gathering for Bonfire Night. Sengsorang je la aku malam raya tu kat rumah. Lapar. Masak lah nasi goreng. Sangat sedap! Serius sangat sedap. Nikmat orang berpuasa kot. Padahal aku campak2 je nak masak tu. HAHA.
Then pegi takbir kat rumah brothers. Berkumpul utk bertakbir. Abg Rizal ade ajak takbir kat rumah family2 kat Birm ni. Tapi malas la ikut. Better dengan kawan2 sebaya. HAHA. Boleh pulak malam time takbir tu ade luahan rasa. Fokus kpd 1st year students! HAHAHA.
Pas balik takbir tu, ade la mood nk buat puding. Puding roti je. Masak la. Tak sedap pon. Bagi family K.Sherry rasa. Hehe. Abis satu pinggan diorang makan.
Gaya je lebih.
Ini hasilnya. Abaikan props! Haha.
Esoknya, kol 8 ade solat raya dan sedikit jamuan kat Guilds of Students, Uni of Birm. Organizer by Malaysian. Setiap rumah kene bawak portluck. Mcm rumah Sis Ainol buat Kari Daging Kambing. Rumah K.Sherry buat arca.
So, pagi raya tu bersemangat nak pakai baju Melayu. Serius. Sebulan lebih tak pakai. Selamat muat lagi. Haha. Siap bersampin lagi. Cuma tmbah sedikit aksesori, jaket! Pagi tu pulak suhu 3°c. Sejuk gila maaaa. Menggigil2 berjalan menuju ke Uni.
Pagi raya.
Heaven gile khutbah dalam Bahasa Melayu. 5 kali Jumaat aku kat sini, kalau tak urdu, english. Sekali B.Melayu, perghh fokus gile. :)
Lepas tu makan2. Ni pun heaven gak. Bila dah lama tak rasa kuah kacang, nasi himpit, rendang daging, ayam. Fuh, nafsu makan membuak2. Nmpak mcm sikit, tapi makanan tak habis2. Rezeki.
Proses photoshoot raya berlaku lepas tu. Keliling uni of Birm utk menembak2 gambar sendiri. Serius. Time tu hari Ahad. Ko boleh lihat lelaki berbaju Melayu or Jubah dan perempuan berbaju kurung berkeliaran merata-rata di area uni untuk menangkap gambar. Haha.
Ade 3 rumah beraya. Rumah k.sherry, ust di n k.salwa.
Lepas Isyak kol 7 camtu, ade brothers Birm gathering kat rumah Herman. Aku bawak lemang dan sambal ikan bilis (again). Lemak tu Sis Ainol buat. Ala-ala pulut. Tapi takde la bakar, cuma kukus dan bakar dalam oven je. Aku buat sambal ikan bilis yg sedap gile. Tak pena aku buat sesedap ini. Kuantiti byk gila mcm nk jual kat gerai.Serius sedap. Ahh, i miss it. Exaggerate sgt.
So, byk gile makanan. Ade rendang ayam dan daging. Koktail, air timun, sate goreng, nasi himpit, kuah kacang, kek batik, kek ape ntah (rasydan buat), mmg melantak sepuas2nya. Semua lelaki dan semua memasak. HAHA. Sambal ikan bilis aku pedas, dan diorang tak reti nak makan dengan lemang/pulut or nasi himpit. So, gigih tuan rumah buat nasi lemak utk makan dgn smbal ikan bilis. Hamdillah, Habis sambil menangis2 tahan pedas.
Lepas tu, kami ke Selly Park utk bakar mercun/bunga api. Kata Bonfire Night. Selama 2 minggu. So, berhuha-huha la lelaki Melayu di padang smbil tengok bunga api yg meriah.
Tido. Penat. Dalam keadaaan yg sangggt kenyang.
*Tahun ni tak nmpak korban pun. :(
** Depan bilik aku ni ade satu pokok boleh tengok melalui tingkap. Time 1st day aku kat sini, daun2 die melambai2. Sangat banyak. Makin hari makin gugur satu persatu. Skang pokok tu dah togel. Autumn nak tinggalkan aku untuk bagi laluan kpd Winter.
Sambal ikan bilis dan lemang kukus/bakar di pagi Tasyriq Isnin :)
Selamat Hari Raya Eid Adha dari BirmBrotherhood ^_^
Labels: Birm. New., Cerita, Raya
Edited by Ain Fadhilah.Basecode by NA and CL