Wednesday, February 29

Kerja Gila



Minggu lepas ada pertandingan nasyid @ NEXT [Nasheed Extravaganza 2012) di Sheffield sempena 'Weekends @ Sheffield'. Ada byk aktiviti lain seperti Sheffield Games etc. Sepatutnya pergi sebagai PENONTON. Ya, sepatutnya.


Programnya Ahad. Tapi, Si Cerdik Pandai Herman Rawi ada idea gila nk join as a team yg bertanding. Seram tak. Cadangan awal pagi Khamis.


Hari Khamis hari full kelas. Maka, jumpa dia Khamis malam tu. Bincang2 betul ke idea gila die ni. Haha. Pastu main ajak je sape2 nk masuk.. Haha. Malam Khamis tu pun tak decide lagi nk masuk ke tak. Orang takde la. Ramai yg dah beli tiket bus gi Sheffield Jumaat malam Sabtu. Mana sempat nak praktis bagai kan.


Jumaat lepas semayang Jumaat baru kumpul ramai2 dan duk bincang. Nak nyanyi lagi ape ni wei. Mula-mula peraturan 7 minit per performance. So, byk lagu da leh reject sbb lebih masa. Tema NEXT 2012 kali ni 'Together We All One".


Antara lagu-lagu cadangan, Selamatkan Dunia by Inteam. dan ada la byk lagu2 yg lain. Pastu aku cadangkan lagu Hanya Takdir by Inteam jugak. Tribute for Palestine. Kira 'all one' la jugak kan?


Pastu mcm2 idea lain la kan. Memang gila. Ahad nk bertanding dah, Jumaat boleh pilih2 lagu dan tambah idea2 pelik. Tapi settle sape yg masuk. Aku, Herman, Syafiq dan Taufiq. Maka, berkampung la di rumah Herman kat Dawlish Rd.


Praktis pun kelakar. Asyik la gelak memanjang. Tak serius langsung kot.


Bila dah chose lagu Hanya Takdir (nk lagu tinggi je..konfiden gile).. Bila dah bahagi part masing2..memang best la aku dpt part yg tinggi kan. Tapi bukan part lagi tinggi la. Hahahaha.


Actually byk bende kene buat. Video Promo la.. Video lirik la with translation la.. Taufiq pulak demam dan selsema tapi paksa jugak masuk. Hahahah.


Malam Ahad tu baru register as a team. Group2 lain dah bersepah2 promo kat fb sejak SEBULAN YANG LALU. Kitorang memang on da spot la.


SO, ditakdir kan pagi Ahad sebelum nk gi Sheffield tu Taufiq semakin teruk selsema. Suara pun takde. Maka, terus panggil Rasydan untuk ganti. Memang kelakar!


Kitorang praktis dan ajar gaya kat Rasydan dalam keta sejam setengah perjalanan. HAHAHAH.
Memang boring la dlm keta asyik mengulang je lagu tu.



Bila sampai2 je, terus register. Pastu dpt tau peraturan baru. Persembahan kene 15 minit dan 2 lagu utama. Ahhhh...keciwa.


Tapi takpe la. Bukan niat nak menang pun. Masing2 niat nk masuk NEXT memandangkan sume da final year. Takde peluang tahun depan dah. Kahkah3. Nyanyi je la. But still with the intention to reveal a dakwah.


Video lirik translation aku siapkan subuh Ahad tu. Video promo Herman siapkan Malam Sabtu tu jugak. Nk compile sume video tu before bertolak. Tentatif pun dapat tau lambat. Mula2 ingat kol 10 mula. Rupa-rupanya kol 12. Organizer tak inform.


Disbbkan kitorang daftar lambat, sesuka hati je diorang letak kitorang turn no 1. Boleh? Bertambah la lagi nervous.


Aku tak pernah senervous ni kot. Time nk berdebat pun tak senervous ni. Smpaikan aku tanggal spek time nyanyi sbb takmo pandang org. Sepet je la memanjang aku kat atas pentas tu. Tp gile nervous. Nervous gile-gile. Haha. <-- kira la word neves..


Kat rehearsal room lagi aku menyampah. Diorang nyanyi kuat-kuat membuatkan aku lagi cuak. Dah la sedap. Sedap gila. Hahahah. Kitorang time rehearsal tak buat ape2. Borak2 dan dengar persembahan group lain yg tengah praktis.


Kriteria pemarkahan pun mcm pelik je. (Pelik sbb aku tak pena masuk nasyid kot) So, mcm tak tau. 70% hakim. 30% undian penonton. Mampu?


Penonton respond time nyanyi pun ada markah 10%. Group Manchester ade 3 masuk. Sheffield 1. Ireland 1. dan Birmingham. Btw, ni first time Birmingham hantar wakil sejak Next diperkenalkan pada 2005. Mencipta sejarah la jugak.


Sebelum bertanding pun Birm da cipta gosip kat Sheffield. Sbb first time masuk. Dan daftar lambat. HAHA.


Disebabkan kitorang first group, masa tu la teknikal ade problem. Takde sound check for each team. Mmg aku naik atas terus menjerit nyanyi. Ngerti?



O. Disbbkan aku tanggal spek time nyanyi dan aku sedar aku mata aku yg sepet. Mmg aku nmpak audiens kabur2 je. Tp suara still bergetar2. Smpai Masya boleh ckp nmpak jelas aku muke takut, pengecut dan sebagainya. Tak macam debat. HAHAHA


Kalau debat, aku siap main2 muka/mata/kening dgn audiens lagi. Lol.


Artis jemputan Hafiz Hamidun. Asyik la Hafiz Hamidun. Still sekolah lagi dia jadi coach kat Rawang. Pastu kat IIC pun dia jugak. Smpai kat Uk ni pun dia lagi terserempak? Artis lain takde ke. (Demand..)


So, resultnye drpd 6 group. Kami no 5. HAHAHAH. Tuan rumah no last. (MC terannouce no, supposedly saguhati tak announce no).


Markah byk gile kene tolak sbb :-
1. Takde lagu sendiri.
2. Persembahan singkat sangat.
3. Dah memang tak sedap.


O yea... group kami nama Octave. Leh la cari kat fb or youtube. Search sendiri ye. Nak pengsan aku tengok diri sendiri kot.


*nak pilih nama group pun amek masa sejam.. Octave je kot?
**group kitorang je main keyboard. yg lain main gitar dan perkusi.
***video promotion kitorang just edit ikram birm punye je :)

Ni link video asal. http://www.youtube.com/watch?v=na09qfYTC24 yg dibintangi Rasydan, Kamal dan NAufal.


***** Terkilan. Minggu lepas ada Debat Manchester julung2 kalinya diadakah. Terkilan sbb tak dpt masuk sbb takde team.



2 suara sahabat:

About Me

My Photo
Independent thinker. Analytical and witty person. Diligent but slothful. Dogged but demand. Inventive but nonconformist. Understanding but ignorant. Humorous but sedate. Considerate but self-indulgent. Jovial but rotten. Recalcitrant but naive. Modest but vain. "Wahai sahabat-sahabatku, di saat aku terleka dengan dosa, kalian ingatkan aku dengan balasan Pencipta. Saling beringatlah kerana asal kejadian kita dari sumber yang sama"

Suka Hati

free counters